Friday, 16 November 2012

Keep faith on HIM, he knows better ~

Hailo, hailo and Assalammualaikum,

         Hmm, okeyh ! Dah lama aku tak update blog ni.. Kisah apa aku blog aku kan ? *dengan bajet nya saya berkata* . Okeyh ! Stop merapek ! Sebernarnya aku bersemangat nak tulis ni sebab maisarah . Kenal ? tak kenal tak pe . Tapi ni tengok bawah ni..


            Nilah Maisarah Abd Kadir . Rindu gila dekat dia ! Ah sudah, nak bukak hikayat pulak .
Disebabkan post ni khas untuk minah ni . So, makcik ! read carefully...

          Sabar itu separuh daripada iman kan ? So, bersabar laa selagi termampu . Allah menguji bukan bermakna Allah tidak sayangkan kita . Salah. Salah sama sekali . Allah menguji hambanya nak tengok kuat mana iman kita dan sebesar mana keyakinan kita kepadaNya.. Makin banyak ujian yang kita dapat makin dekat kita kepadaNya . Nampak tak permainan dia ?

"Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu, Kami telah  jadikan
dengan ukuran "
 (Al-Qamar : 49)

"ini termasuk karunia : "ini dari kurnia Tuhanku, 
buat memberi percobaan  kepadaku ;
adakah aku menerima kasih atau aku melupakan budi ;
(An-Naml :40)     

           Cuba renungkan pada zaman nabi Muhammad SAW . Para sahabat menangis kerana tidak diuji . Cuba bayangkan kita pulak . Kita baru diuji sedikit dah mengeluh macam nak mati . Lepas tu tanya kenapa begini begini . Janganlah begitu . Kita banyak kanlah memperingati Dia . Time nilaa kena mendekat kan diri . Ataupun kita lagi suka kalau dia merajuk dengan kita ? Nauzubillahi min zalik


"yang  beriman dan tenteram hatinya,
lantaran ingat kepada  Allah.
Ketahuilah dengan ingat kepada Allah ,
dapat tenteram hati (manusia )."
(Ar-Ra'ad :  28)

"dan hendaklah kamu berserah  diri kepada Allah,
jika kamu orang-orang yang mukmin "
(Al-Maidah : 23)

"maka ingatlah kepada-Ku, 
nescaya Aku ingat kepada mu, 
dan bersyukurlah kepada-Ku
dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku."
(Al-Baqarah : 152 )

              Cuba bayangkan hidup kita tanpa ujian . Senang je . Semua benda ada depan mata . Tak syiok la cenggitu . Tak advance .Contohnya, macam PMR, SPM . Kalau tak amik exam macam mana nak tahu   IQ kita tinggi mana kan ? Kalau tak tahu IQ kita banyak mana, macam mana nak jadi insan yang berguna kan ? Sebab tu laa semua perkara yang jadi, ada hikmah nya.. Dan kita hanya perlu bersabar dan terus bersabar .. Ingat free je ke ? Of course laa ada ganjaran . Kan Allah dah janji.. kita cuma perlu pray and keep faith on Him je . He knows the best ...
                 
                Hmm, doa pun main peranan penting jugak tau ! Doa kan senjata mukmin .  Pintalah pada setiap masa dan di setiap tempat . Al-Rahman dan Al-Rahim itu memang layak untuk Allah, Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang . Ingatlah, setiap ujian yang mendatang Allah tak akan mebebankan melebihi dengan kemampuan kita . Tolonglah highlightkan !

             "doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah 
berlaku ataupun kejadian  yang belum berlaku. 
Oleh sebab itu, wahai hamba Allah, 
hendaklah kamu berdoa."
(sabda nabi)

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya
kepadamu mengenai Aku, 
beritahu mereka -:
'sesungguhnya Aku dekat . Aku menyahut 
doa orang yang berdoa,
tatkala dia berdoa kepadaKu,
justeru sahutlah seruan Ku."
(Al-Baqarah : 186 )

                Okeyh, aku tahu kau dah penat baca . Aku pun lenguh jari . Ok, tata . Assalammualaikum :) May ALLAH BLESS YOU . Semua yang baik datang dari Allah, dan yang silap datangya dari aku yang lalai :)