Hailo, hailo and Assalammualaikum,
Hmm, okeyh ! Dah lama aku tak update blog ni.. Kisah apa aku blog aku kan ? *dengan bajet nya saya berkata* . Okeyh ! Stop merapek ! Sebernarnya aku bersemangat nak tulis ni sebab maisarah . Kenal ? tak kenal tak pe . Tapi ni tengok bawah ni..
Hmm, okeyh ! Dah lama aku tak update blog ni.. Kisah apa aku blog aku kan ? *dengan bajet nya saya berkata* . Okeyh ! Stop merapek ! Sebernarnya aku bersemangat nak tulis ni sebab maisarah . Kenal ? tak kenal tak pe . Tapi ni tengok bawah ni..
Nilah Maisarah Abd Kadir . Rindu gila dekat dia ! Ah sudah, nak bukak hikayat pulak .
Disebabkan post ni khas untuk minah ni . So, makcik ! read carefully...
Sabar itu separuh daripada iman kan ? So, bersabar laa selagi termampu . Allah menguji bukan bermakna Allah tidak sayangkan kita . Salah. Salah sama sekali . Allah menguji hambanya nak tengok kuat mana iman kita dan sebesar mana keyakinan kita kepadaNya.. Makin banyak ujian yang kita dapat makin dekat kita kepadaNya . Nampak tak permainan dia ?
"Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu, Kami telah jadikan
dengan ukuran "
(Al-Qamar : 49)
"ini termasuk karunia : "ini dari kurnia Tuhanku,
buat memberi percobaan kepadaku ;
adakah aku menerima kasih atau aku melupakan budi ;
(An-Naml :40)
Cuba renungkan pada zaman nabi Muhammad SAW . Para sahabat menangis kerana tidak diuji . Cuba bayangkan kita pulak . Kita baru diuji sedikit dah mengeluh macam nak mati . Lepas tu tanya kenapa begini begini . Janganlah begitu . Kita banyak kanlah memperingati Dia . Time nilaa kena mendekat kan diri . Ataupun kita lagi suka kalau dia merajuk dengan kita ? Nauzubillahi min zalik
"yang beriman dan tenteram hatinya,
lantaran ingat kepada Allah.
Ketahuilah dengan ingat kepada Allah ,
dapat tenteram hati (manusia )."
(Ar-Ra'ad : 28)
"dan hendaklah kamu berserah diri kepada Allah,
jika kamu orang-orang yang mukmin "
(Al-Maidah : 23)
"maka ingatlah kepada-Ku,
nescaya Aku ingat kepada mu,
dan bersyukurlah kepada-Ku
dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku."
(Al-Baqarah : 152 )
Cuba bayangkan hidup kita tanpa ujian . Senang je . Semua benda ada depan mata . Tak syiok la cenggitu . Tak advance .Contohnya, macam PMR, SPM . Kalau tak amik exam macam mana nak tahu IQ kita tinggi mana kan ? Kalau tak tahu IQ kita banyak mana, macam mana nak jadi insan yang berguna kan ? Sebab tu laa semua perkara yang jadi, ada hikmah nya.. Dan kita hanya perlu bersabar dan terus bersabar .. Ingat free je ke ? Of course laa ada ganjaran . Kan Allah dah janji.. kita cuma perlu pray and keep faith on Him je . He knows the best ...
Hmm, doa pun main peranan penting jugak tau ! Doa kan senjata mukmin . Pintalah pada setiap masa dan di setiap tempat . Al-Rahman dan Al-Rahim itu memang layak untuk Allah, Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang . Ingatlah, setiap ujian yang mendatang Allah tak akan mebebankan melebihi dengan kemampuan kita . Tolonglah highlightkan !
"doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah
berlaku ataupun kejadian yang belum berlaku.
Oleh sebab itu, wahai hamba Allah,
hendaklah kamu berdoa."
(sabda nabi)
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya
kepadamu mengenai Aku,
beritahu mereka -:
'sesungguhnya Aku dekat . Aku menyahut
doa orang yang berdoa,
tatkala dia berdoa kepadaKu,
justeru sahutlah seruan Ku."
(Al-Baqarah : 186 )
Okeyh, aku tahu kau dah penat baca . Aku pun lenguh jari . Ok, tata . Assalammualaikum :) May ALLAH BLESS YOU . Semua yang baik datang dari Allah, dan yang silap datangya dari aku yang lalai :)